ALHAMDULILLAH...FINALLY...JUMPA JGAK RESEPI SOTONG KERING NI...
SAMBAL SOTONG KERING
Bahan-bahannya
1/2 kilo sotong kering, dibersihkan buang tulang dan potong persegi kecil dan rendam dengan abucang semalaman
1 cawan air (ditambah sekiranya perlu)
1/2 cawan air asam jawa yang pekat
seketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
garam dan serbuk perasa
1 cawan minyak
Untuk Dikisar
40 tangkai lada kering
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 batang serai
1 cm lengkuas
2 cm belacan
Cara-caranya
Bersihkan sotong yang telah direndam semalaman dan toskan airnya. Didihkan air dan masukkan sotong dan masak untuk 15 minit. Kemudian toskan airnya.
Panaskan minyak di kuali, tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau. Masukkan gula melaka, gula pasir, garam, serbuk perasa dan air asam jawa. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan 1 cawan air dan masukkan sotong. Masak sehingga sotong empuk dan rempah kering. Kalau sotong belum empuk boleh ditambahkan dengan sedikit air lagi. Rasa jika ada yang kurang tambah garam atau gula secukup rasa
RESEPI KEDUA.......
Bahan-bahan:
2 ekor sotong kembang (kurang lebih 500 g)
1 camca besar asam jawa + 1/2 cawan air, ramas dan tapis jusnya
2 cawan cili kisar
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
Minyak untuk menumis
Bahan Dikisar Halus:
Cara-cara:
Sotong, dipotong sederhana besar, celur dalam air mendidih 2 - 3 minit, angkat dan toskan.
Panaskan lebih kurang 1/2 cawan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan cili kisar dan terus menumis hingga cili garing dan pecah minyak. Gunakan api sederhana.
Masukkan jus asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau hingga rata. Masukkan sotong tadi dan gaul hingga semua mesra. Biar masak 10 - 15 minit hingga menjadi pekat tetapi tidak kering. Rasa garamnya sebelum diangkat.
ALKISAHNYA...DIBERI TUGASAN OLEH KAKAK KESAYANGAN
UNTUK MENCARI RESEPI..
ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA..EMG TAK RUGI...
DAPAT LA BLJAR BUAT...
PGAJARN BG DRI INI AGAR TIDAK ABAIKAN BLAJAR MMASAK...HUHU...SUSAH JGK KALAU X RETI MASAK PELBAGAI NI...
APA2 PUN..PERSEDIAAN PERLU ADER...
SUBHANALLAH..
BETAPA INDAHNYA HIDUP YANG ALLAH SWT ATURKAN U HAMBA-HAMBANYA..
KE 'RELATE' TAN DALAM HIDUP INI AMAT INDH...
BAGI OWG2 Y BERFIKIR...
Aali-Imran [7] …………….Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
CUBA KITA RENUNG SEJENAK.....
KADANG-KADANG KITA TIDAK SEDAR..
SESUATU Y BERLAKU...
PASTI AKAN ADA CONTINUITYNYA...
DLM ERTI KATA MUDAH KESINAMBUNGANNYA..
BAGI YANG MENYEDARI HAKIKAT HIDUP INI..
BERSYUKURLAH...
KERANA DIRI Y KERDIL DI HADAPAN ALLAH DIBERI KESEDARAN..TANPA MEMERLUKAN PENGORBANAN...
MENGIGATKAT ITU..TERINGAT DRI INI..AKAN SBUAH KISAH..
SEPASANG SUAMI ISTERI YANG KURANG MENGAMBIL BERAT HAL2 BERKAITAN AGAMA..TELALU SIBUK DENGAN KEMEWAHAN..
Oktober 11, 2006
Al-Fajr [15] (Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (dia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: Tuhanku telah memuliakan daku!
...DIUJI DGAN BEGITU HEBAT...OLEH ALLAH SWT...
APABILA DIKURNIAKAN ZURIAT ...SI ISTERI SERINGKALI..MEMGELUH...
DN BERHASRAT U MGGUGURKANNYA...
LALU SI SUAMI TANPA MMBANTAH...MGIKUT KHNDAK ISTERI TERCINTA....
ASTAGHFIRULLAH...MASYAALLAH...DIBUANG KANDUNGAN TERSEBUT TANPA
BELAS KASIHAN...
SEHINGGA SUATU KETIKA..SI ISTERI DISAHKAN MENGHIDAP KANSER RAHIM..
DAN PERLU DIBUANG KESELURUHAN RAHIMNNYA...
DAN DISAAT ITULAH..
BARU MEREKA SEDARI..
SEGALA KESILAPAN...
SEGALA KESALAHAN ...
YANG TELAH MEREKA LAKUKAN...
NAMUN SEMUA ITU TIDAK DAPAT MENGEMBALIKAN ZURIAT2 Y TELAH MEREKA
KHIANATI SELAMA INI....
walau menangis airmata darah sekalipun...semua itu telah berlaku............
AKAN TETAPI...BESARNYA KEKUASAAN ALLAH...
SETELAH DIUJI DENGAN UJIAN YAMG BEGITU BERAT..
MEREKA AKHIRNYA SDAR AKAN AGAMA ALLAH Y SATU INI...
MEREKA TELAH KEMBALI KEPADA FITRAH Y SEBENAR...
HAMBA ALLAH INI TELAH KEMBALI
KEMBALI UNTUK MENDALAMI ILMU AGAMA...
KEMBALI UNTUK MEMBERSIHKAN DIRI...
DAN..INSAN-INSAN Y TELAH DKURNIAKAN HIDAYAH OLEH ALLAH INI INGIN
BERTAUBAT..
DENGAN TAUBAT NASUHA...
ALLAHUAKHBAR....
YANG PALING UTAMA..MEREKA INGIN KEMBALI M'TAUHIDKAN
ALLAH SWT..
Dari Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya
Allah lebih suka menerima taubat seorang hamba-Nya melebihi kesenangan seorang yang menemukan kembali tiba-tiba untanya yang telah hilang daripadanya di tengah hutan.”
(Bukhari – Muslim)
Didalam hadis yang lain-
Sesungguhnya
Allah lebih gembira atas taubatnya seorang hamba daripada:
- orang yang kehausan lalu menemukan sumber air,
- dan lebih gembira daripada wanita yang mandul yang dapat melahirkan
- dan lebih gembira daripada orang yang kehilangan lalu menemukan yang hilang itu.
Barangsiapa bertaubat kepada Allah dengan taubat yang murni, maka Allah melupakan dua malaikat pencatit amalnya, semua anggota tubuhnya dan tempat-tempat ia melakukan dosa, sehingga semuanya tidak dapat menjadi saksi bagi kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yang dikerjakan (sebelum ia bertaubat) – Riwayat Abu Abbas al-Hamadani
Maidah [39] Maka sesiapa yang bertaubat sesudah dia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
SUBHANALLAH..BETAPA BESARNYA PENGORBANAN YANG MEREKA
PERLUKAN UNTUK DIBERI HIDAYAH OLEH ALLAH...
BAGAIMANA PULA DGAN KITA???
YANG HANYA DIUJI SEDIKIT DUGAAN UNTUK KEMBALI KEPADANYA...?????
SESUNGGUHNAYA PERLU DIINGATKAN..
WALAUPUN HIDAYAH MILIK ALLAH..NAMUN..KITA PERLU BERUSAHA UNTUK
MENDAPATKANNYA...
Al-Anam [30] Sesiapa yang Allah kehendaki: Akan disesatkannya (menurut peraturan tetapNya) dan sesiapa yang Dia kehendaki: Akan dijadikannya atas jalan yang betul lurus
Al-Anam [125] Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman
Ibrahim [4] … Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya);
Al-Baqarah 255…… Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
INFO...UNTUK PEMBACA YANG DIRAHMATI ALLAH SWTT..
Hukum gugurkan anak seperti berikut :_
HUKUM MENGGUGURKAN JANIN
Sebagai tambahan dan lebih faedah untuk pembaca disertakan hukum Menggugurkan Janin dalam keadaannya yang berbeza :
1. JANIN mengidap Penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
Hukumnya : HARAM sebelum 4 bulan dan selepas
2. JANIN mengidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup. Seperti Buta, Cacat sebelah tangan, atau kedua-duanya, cata kaki, kurang jari dan sebagainya
Hukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.
3. JANIN mengidap Kecacatan yang Serius yang membawa kematian . seperti tiada kepala, tiada paru2 dan sebagainya
Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.
4. JANIN mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan.
Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama'
a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan.
b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, Keyakinan tinggi hasil analisa Doktor2 pakar.
5. JANIN menghidapi penyakit AIDS.
Hukumnya : HARUS sebelum 4 bulan , Haram selepas 4 Bulan.
6. JANIN yang terhasil akibat dirogol
Hukumnya : HARUS digugurkan hanya sebelum 4 Bulan.
7. JANIN yang sihat @ sakit @ cacat tetapi nyawa Ibu terancam kiranya janin dilahirkan.
Hukumnya : HARUS gugur janin samada sebelum atau selepas 4 bulan, kerana nyawa Ibu diutamakan dalam hal ini.
PERSOALAN : Mengapa umur Janin SEBELUM DAN SELEPAS 4 bulan membawa perbezaan hukum ?
Jawapan : Berdasarkan hadith Riwayat Muslim, titik hidup manusia bermula sebagai manusia dengan mempunyai hak2 kemanusian yang dikitiraf dalam Islam adalah dari umur 4 bulan dalam kandungan. Kerana berdasarkan hadith Nabi SAW, MANUSIA DITIUPKAN RUHNYA KETIKA SEKITAR UMUR 120 HARI. DEMIKIAN PANDAGAN MAZHAB YANG EMPAT DAN MAJORITI FUQAHA.
Maka apabila telah ditiup Ruh, janin tersebut dianggap sebagai seorang manusia yang mempunyai hak seperti manusia sempurna. Justeru, penggugurannya adalah dikira membunuh manusia atau nyawa. Ia diharamkan oleh Allah sbgmn FirmanNya : Ertinnya : "Dan janganlah kamu membunuh nyawa manusia yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasan yang benar (di sisi syarak)." (Surah Al-An'am : 151)
Walaupun majority fuqaha memfatwakan boleh menggugurkan janin sebelum 4 bulan dengan sebab2 yang konkrit, bagaimanapun terdapat sekumpulan kecil ulama yang mengharamkannya dalam semua peringkat umur janin, ia adalah pandangan Imam Abu Hamid Al-Ghazali (wafat 505 H), serta sebahagian Fuqaha' Mazhab Maliki.
sekian, sila buka http://www.zaharuddin.net/ untuk lebih banyak artikel
ust zaharuddin
RENUNGKANLAH...BETAPA BESARNYA NIKMAT YANG ALLAH BERIKAN SELAMA INI...
NAMUN???
BERSYUKURKAH KITA???
Al-Baqarah [152] Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur.
YANG SERING MENJADI PENERIMA....
TANPA MENCARI.????
ALLAHUKHBAR...
AMPUNKANLAH DIRI INI..
KERANA SERING KHILAF DALAM MENILAI NIKMATMU...